24 April 2016 3.46 pm
Tepat time kau bagi mesej kat aku bg tahu aku yg kau nk bagi fon cikai kau kat jurulatih kau. Perasaan aku macam masa berhenti sekejap. Aku tak rasa degupan jantung aku mungkin sebab terlalu perlahan jantung aku berdegup. Aku tak sanggup lagi nak kau masuk paskal tu. Belum puas aku bermesej dgn kau. Yela sebab kita tak pernah jumpa dah lepas malam openhouse kat rumah Kecik masa tu. Dengan bermesej la aku lepas rindu kat kau.
Dan selepas drp mesej kau tu takde da tanda² kau on social media apps kau dan bermula la rasa membuak rindu aku kat kau. Wechat moments takde da kau update. Last seen whatsapp kau maintain 18 April. Tiba birthday kau yg ke 22 tahun nya pada 26 April, semua ex classmate kita masa Form 5 wish "Happy Birthday" kat kau dgn Achong since birthday korang sama tarikh nya. Semua. Kecuali aku.
Aku wish birthday kat Achong je sebab aku tau kau takkan dapat baca. Budak kelas tanya "wish kat Achong je ke, Azrin?". Ada antara diorang yg tau aku ada hubungan dengan kau. Ada jugak yg tak.
Aku diam. Malas membalas. Memang perangai aku kalau da mood malas nk balas penganjingan orang lain kat aku. Aku akan diam. Berapa hari kemudian teringin jugak aku nak balas sebab mood tetiba ada nak balas. Aku nak kata last seen whatsapp kau pon tak bergerak tarikh nya takkan aku nk wish kat kau. Perasaan malas aku still melebihi perasaan aku nk balas tu.
Kadang² aku rasa tersekat jugak bila tak dapat bagi tahu semua orang yg kita ada hubungan sebab kau pon bukan jenis yg suka cerita kat orang lain psl bnda² mcm ni. Aku pon lebih kurang jugak tak sebarkan. Except for membe² rapat aku. Dah memang perangai perempuan akan berkongsi cerita dgn membe² baik diorang. Macam tu jugak la aku. Byk benda aku cerita pasal kau. Boleh kira tiap hari jugak la mention nama kau.
Setiap hari kau kena training paskal aku tahan rindu aku kat kau. Aku kental kan hati. Aku tenang kan hati. Aku terima sebagai cabaran pertama untuk jadi bini seorang askar berkaliber macam kau. Sebab aku tau kalau dah jodoh aku jadi isteri kau, lagi besar ujian aku. Cemburu jugak bila tengok housemate and membe² aku semua cerita pasal diorsng punya boifren. Aku senyum je. Aku tahan. Mungkin sikit je cabaran aku lalui ni compared to others. Tapi bg aku boleh tahan besar jugak la sebab aku beginner lagi kan dlm bab² macam ni.
Kadang² malam hari membe aku akan mengadu kat aku pasal boifren diorang kat aku. Cerita la masalah diorang. Ada yang aku boleh nasihat aku bagi la nasihat. Ada yang aku boleh tolong aku cuba tolong. Even aku sendiri macam terbeban dgn rasa rindu aku kat kau aku try tolong jugak. Jarang aku cerita kat orang pasal benda ni sebab aku taknak orang rasa sakit dan beban dengan masalah aku. Aku tak suka. Tambah² dgn orang yang kuat "judging". Spesis macam ni yang paling aku nak elak dengar pendapat diorang tentang kisah hidup aku yg rindu kat kau. Sebab aku ni boleh tahan kuat jugak terpengaruh dengan pendapat orang lain.
Ada dalam 2 bulan macam tu, cerita Descendents of the Sun kelua. Semua sembang pasal cerita tu hari². Memang takde hari yg aku tak dengar nama tajuk cerita tu. Semua gilakan Song Joong Ki yang pegang watak hero dalam cerita tu. Ada dalam berapa hari lepas tu kebetulan aku bosan dengan cerita dalam hard disk aku. Aku mintak dengan budak Wataniah aku drama Korea yang bes. Kebetulan ada cerita tu. Aku pon ambek je la. Takde lagi rasa beriya² nak tengok sangat cerita tu.
Satu hari tu aku tengok drama DOTS yang aku ambek dekat budak Wataniah aku tu. Kejap jugak la aku tengok sebab aku buat drama marathon. Yang pelik nya. Aku tengok Song Joong Ki tu aku tak nampak dia. Aku nampak kau. Sebab Song Joong Ki pegang watak askar, sama dgn kau. Askar. Masa episod 15 tu, second last episod cerita tu buat macam seolah² laki tu mati masa jalankan tugas.
Aku yang jarang² ada perasaan sedih ni menangis. Sakit rasa nya tengok cerita tu. Aku bayang kan situasi kau kalau benda macam tu jadi kat kau. Aku dari tengok cerita tu atas katil berlari masuk bilik air sebab aku taknak orang lain nampak aku menangis. Yela dengan badan aku yg kira besar jugak ni takkan nak tunjuk kat orsng aku menangis. Kan?
Aku menangis tak bersuara. Susah aku nak bernafas masa tu. Aku nak bernafas macam biasa tapi rasa macam ada something yg hold aku punya nafas tu. Aku da macam nak hilang akal jugak pikir macam mana keadaan kau dalam training tu. Kau hidup lagi ke tak. Susah la aku nak describe situasi aku menangis tu macam mana.
Habes menangis tu aku keluar bilik air. Nak sambung cerita DOTS tu punya pasal. Da masuk episod 16 yg las tu, cerita tu tunjuk yang hero tu tak mati pon. Dia terselamat. Dalam aku menangis yg tak berapa nak habes lagi tu aku senyum. Aku pon harap kau masih lagi sihat. Takde sakit sana sini. Aku tgk hero tu pon sorok² tgk konsert Red Velvet. Tak bg tau heroin tu ygdia tgk konsert tu. Hero tu bg tau diorang kena guard orang penting. Kira macam on duty.
Aku tgk je hero tu terlompat² happy tengok konsert Red Velvet tu. Since aku nampak hero tu macam kau, aku tak marah tapi aku lega hero tu selamat and sihat. Sampai aku rasa yang betul² rasa grateful punya la tengok. Tiap kali aku solat, nama kau selalu ada dalam sujud. Ada dalam doa. Aku still maintain setia dengan kau even tak contact kau langsung. Aku pegang status in relationship even aku tak hebah pasal aku dengan kau.
Masa dalam bulan 6 or 7 macam tu, aku join latihan wardance since aku pon minat benda² macam tu. Kebetulan. Dalam syok nya bersembang dengan budak wataniah tu, terbukak cerita pasal Navy (time ni nak gi kelua makan dgn budak wataniah semua lepas latihan). Boifren budak Wataniah ni (Nick nama budak wataniah ni) sama tempat dgn kau kat base tu.
Aku happy sangat² dapat bercerita pasal kau dengan dia. Kebetulan nama depan boifren Nick ni pon Amirul. Kau pon nama depan Amirul. Nama belakang je la tak sama. Keetulan lagi birthday korang dalam bulan yang sama. Bulan 4. Setiap kali jumpa Nick ni aku excited nya cerita pasal kau sampai kitorang bertukar gambar kau dgn boifren Nick ni. Kitorang macam plan nak tanya la kat kau and boifren Nick ni in case korang kenal each other.
Malam 30 July 2016, openhouse kat rumah Lydiana, aku join dengan membe aku sorang ni (Mimin) dgn boifren dia Capik. Aku drive kereta Kancil merah aku bawak dua orang ni makan openhouse kat rumah Lydiana ni. Aku tabah je bawak kereta sebab kau pernah kata kat aku sebelum kau pindah dari rumah kau kat Giant tu pindah ke rumah korang yang baru siap kat Perak tu. Kau kata kat aku selagi aku tak pandai bawak kereta, kau taknak jumpa aku. Fuh sikit punya lama aku tahan rindu nak jumpa kau kata macam tu pulak kat aku. Start dari situ ramai jugak family aku paksa suruh ajar aku bawak kereta semata nak jumpa kau.
Bila aku da boleh bawak kereta kau pulak takde. Fizikal kau dalm training paskal. Kalau kau balik rumah pon, rumah kita da jauh. Sedap aku tengah makan Char Kuey Teow Lydiana aku tergerak hati nak bukak instagram. Gamba kau terpampang besar kau screen fon aku. Tu pon sebab kakak kau Haikal yg pos kat Instagram dia dengan caption "Congrats brother :) #navyproud #komandopaskal". Aku punya excited nya macam orang gila.
Lepas aku tengok tu setiap minit aku check fon tunggu mesej dari kau. Berapa hari lama jugak la aku tunggu mesej kau. Setiap kali aku bukak fon aku, kosong. Takde langsung mesej dari kau. Aku pon satu jugak time tu aku ego taknak mesej kau dulu sebab aku nak tengok aku ni penting ke tak dalam hidup kau. Takut kot² kau da hilang ingatan ka apa lepas dari training paskal kau. Takde weh. Luluh jugak hati aku kau tak mesej aku langsung.
Aku tunggu memang tak lama, tapi aku yang rasa lama sebab bila kita asyik menunggu je memang kita akan rasa timing tu jadi lama. Aku pon rendah kan ego aku. Aku mesej kau. Aku pon tak ingat aku mesej kau apa. Dalam 2 3 mesej wechat jugak la aku hanta kat kau. Aku igt macam nak give up kau pon ada. Kot² kau jumpa yg lagi hati kau berkenan kat base kau tu ka. Yela kan orang kata jauh di mata jauh jugak di hati budak muda zaman sekarang. Aku da sedia nak pasrah give up kau. Tetiba kau balas "leklu jiwa tengah kosong ni". Geli hati jugak hati aku baca wechat kau.
Sampai sini dulu. Nanti aku sambung Part 4..
No comments:
Post a Comment