Saturday, 3 September 2016

He's a Navy (Commander) (Part 2)

Sambungan dr He's a Navy (Commander) (Part 1).....

Aku berdiri kat muka pintu rumah Kecik dgn bff aku (igt nk blk da). Mcm biasa la membe² aku ni mmg kuat menganjing aku kata 'elelelelele malu lew teww" dan aku cover balik by saying "eh td aku rasa kau kata nk gerak blk da". N sampai skrg aku still tak dpt detect apa yg membe aku ckp kan time tu..

Da berdiri kat pintu tu alang² semua kelua bergamba kat lua rumah Kecik. Dgn kau sekali yg aku tak perasan kau da habes mkn ka belom time tu kena heret sekali ambek gamba. Dan mula la kita semua bergambar beramai² guna fon lyd or nas aku pon tak igt.

Bila dah lyd upload gamba kat insta aku pon tgk la muka semua masing². Muka membe² aku. Muka 3 musketeers klas kita dulu (aiman wafi, wan aminur, n mukhriz). Muka hapiz edizon sekilas je aku pndg lps tu aku pndg gamba kau je tros. Sbb dia dekat dgn kau kn time bergamba tu. Nmpk kau pandai je mata aku pon cari kau. Tersengih² aku tgk kau. Manis, comel, sado, kelaka muka senyum permanent kau tu semua adašŸ˜‚.

Lps berapa hari or maybe mlm tu maybe aku rasa la, tros kau mintak nk serius dgn aku. Mcm² bnda kita sembang. Psl wataniah, navy, navigator.

Antara topik kita selalu dok sembang psl kawen (sbb aku mmg suka bukak cerita ni kat kau). Bes sbb kau pon sanggup lyn aku punya gila. Aku ckp aku kalau kawen dgn kau nnti tak pyh la bersanding, tak pyh buat majlis besar²an sbb aku rasa bazir duet n aku taknak beban kan kau pikir psl duet sbb aku yg kat sini pon terseksa pikir kau cari duet kat sana. Tak masuk lg duet kau nk bg kat family kau nnti.

Yg aku pelik nya kau lg excited dr aku nk bersanding siap tunjuk gamba mcm mana askar lelaki kawen punya baju sanding. Aku pon ikot excited sbb aku akan happy stiap kali kau happy.

Lps tu mcm mana ntah terpusing topik bukak crita, kau bg no fon kakak kau kat aku so aku boleh tanya mcm² kat dia psl wataniah since dia pon wataniah. Aku punya la kekok nak tego kakak kau kat fb messenger tu. Sbb. Aku prnh slh sangka igt dia ni girlfriend ex aku dulu sbb entah sapa bg tau aku clue awek ex aku ni pgws perempuan yg pakai spek mata.

Time tu aku pon cari la sapa yg ada ciri² tu. Aku ada nmpk dua org tp yg sorg ni aku tak syak sbb dia cm comel² innocent yg takkan kapel punya org n tros aku aim kakak kau (time ni aku taktau lg tu kakak kau sbb aku pon tak knl lg kau sapa). Kenapa aku aim dia? Sbb. Aku tgk dia ni cantek. Berkaliber punya style. Ada karisma. Alih² org yg aku tak sangka tu rupanya awek ex aku tu. Huhu sorry kak Haikal n Kak Athirah, I mention both of you.

Aku pm kakak kau tanya psl wataniah tu semua sbb aku pon minat jugak wataniah ni. Punya la one way conversation aku dgn kakak kau ni. Aku tanya pnjg², dia jwb seketul². Pdn la kau kata dia takde perasaan sbb tu kau konfiden kata dia takde bf. Aku pon taktau nk bukak topik apa da dgn kakak kau sbb dia pon mcm tak berminat nk tau psl aku. Aku rasa dia pon tau aku ni ada hubungan dgn kau. Aku tak sanggup nk pgl boifren sbb aku pon geli hahahaha. Awkward weh nk sembang dgn adek beradek kau.

Aku repot kat kau, aku tak dpt nk rapat dgn kakak kau sbb dia bls aku seketul² je. Kau pulak yg stress aku tgk. But aku tak kisah. Aku try positive kn thinking aku, sbb aku mls nk semak otak aku pikir bnda bukan².Hari berganti hari. Bulan bertukar bulan. Kau la org yg plg aku rasa aku serius sbb aku cerita semua bnda psl kau kat mak aku sbb aku taknak org lain da kan. Sayang la katakan (pdhl stiap kali kau tanya aku syg kau ke tak aku elak sbb aku geli nk ckp psl syg² ni sbb belum tentu lg kau jd suami aku yg sah in future).

Ada syg tu, tp aku taknak tambah rasa beriya² kau. Tp aku still berjaga² sbb aku mls nk kecewakan hati aku lg lps semua experience aku dgn laki² sebelum kau. Rumah kau yg dekat dgn giant tu pon aku tunjuk kat mak aku kot² aku boleh pegi rumah kau ka nnti or utk mak aku masuk meminang kau nanti ka. Yela kau lg suka, lg excited kalau aku tanya kau nak aku masuk meminang kau ke tak nnti.

Aku berterima kasih jugak ada kau. Kadang² kalau ada aktiviti wataniah yg melibatkan aku kena bangun pukol 5 pg, kau akan call aku tlg kejut aku. Byk kali jugak kau kena kejut aku sampai aku tgh mamai² tu aku kata apa ntah kat kau buat kau tak sng duduk. Suara pompuan bgn pagi kan mmg begitu. Kau tego aku then lps tu bila kau call aku just kata "hmm" kira takde la naikkan kau punya rasa tu kan.

Bes ada kau. Aku pon mmg kau knl dgn perangai aku yg gatal gedik semua tu (aku tunjuk kat kau je la). Aku ambil kesempatan jugak bila kau call tu aku tenang dengar suara kau pg² lps aku bangun tido dan seterusnya akan buat hari aku seronok je memanjang. Even bila aku bad day pon, igt suara kau je da cukup buat aku pikir psl bad day aku tu.

Satu hari kau mengadu kat aku psl kau kdg² rasa nak berenti dr navy tu. Aku support kau supaya kau tak down dgn tmpt kau tu, dgn membe kau. Sampai aku kata kat kau "keje rajin², bg cepat naik pangkat. Da naik pangkat tu mesti gaji kau tinggi. Nanti boleh aku guna utk pegi spa melaram sana sini". Saja je aku bergurau dgn kau taknak la conversation kita krik².

Aku tak kisah pon gaji kau berapa sbb aku kalau boleh nak kau setia dgn aku pon da cukup. Psl duet semua tu aku tak kisah sbb aku pikir aku boleh cari kerja cari duet utk aku. Kira duet hasil titik peluh kau nnti boleh la kau guna utk bg kat family kau. Serius even aku materialistik aku tak cari laki yg kaya. Aku nak rasa nikmat duet hasil titik peluh aku sendiri. Lain rasa nikmat tu.

Kau bg tau aku yg kau nak join training paskal.
Aku yg blur² ni pon tanya mcm² kat kau psl army ni dan kau dgn sabar nya terangkan satu² kat aku seikhlas hati kau. Kadang sampai aku rasa kau ni mcm pompuan dan aku macam laki sebab aku mls nk igt semua bnda. Kau pulak igt semua bnda detail pasal aku. Aku sem berapa. Aku course apa. Aku tgh ambek degree. Semua kau igt pdhl psl adek beradek kau punya course tak pulak kau igt. Aku pon suruh la kau tanya family kau teros dan aku nak jawapan time tu jugak. Kau tak tanya adek beradek kau tp kau tanya mak kau psl adek beradek kau tu. Selalu aku usik kau kata kenapa adek kau lg hensem dr kau. Saja je usik kan, kau yg menarik perhatian aku bkn adek kau. Kalau tak lama dah aku tackle adek kau.

Aku support decision kau join paskal tu sbb aku tgk kau pon smgt jd tentera. Kau mmg nak jd tentera dr kecik lagi. Semangat kau nak pertahankan negara. Nak mati syahid. Ada sikit aku paham semangat kau nak mati syahid tu sebb aku pon askar. Byk kali kau kata kat aku kalau aku nak cari lain boleh sebab kau pon taknak aku terseksa tunggu kau. Kau terang kan macam mana aku kena kental kalau nak jd bini askar. Semua yg kau terang aku try kental kan hati aku each day dan smpai satu masa aku pon dah boleh kental kan hati aku.

Sebelum kau masuk training paskal tu kau ada balik rumah kau kat perak. Kau bg smartfon kau kat family n kau pon bwk la fon cikai kau. Dgn fon cikai tu la kau mesej aku tiap² hari kurangkan beban aku utk rindu kau tiap hari lps kau masuk paskal nanti. Sampai la beberapa hari tu, kau mesej aku kata kau nak bg da fon kau kat jurulatih kau which is ada lah dlm 3 hari before birthday kau. Lps kau mesej tu aku lmbt sikit balas kat kau. Aku wish awal² birthday kau sbb nnti mmg tak sempat da aku nk wish kau dan aku rasa mmg kau tak sempat pon.

The end for part 2. Nanti aku sambung part 3

No comments:

Post a Comment