Wednesday, 7 September 2016

He's a Navy (Part 4)

Bulan August...
Bulan yg sepatutnya rasa freedom sebab bulan Kemerdekaan but..
Bulan August tu yg aku rasa lama
Penuh dengan penantian
Penuh dengan rasa serabut nya aku dengan subjek Research Method
Penuh dengan rasa curiga aku kat kau
Bulan yang buatkan diri aku sendiri tak tenteram
Yg buatkan aku rasa serabut

Tapi pelik. Sebab hati aku tak ras apa². Terlampau lama mungkin aku tak berperasaan. Mana pergi semua perasaan aku tu semua pon aku taktau. Pernah dulu aku ikot kursus teater dengan membe baik aku kat Uitm Puncak Alam dulu. Diorang kata orang yang macam aku ni dah berada dalam peringkat yang tinggi da. Kira aku ni dah level 9/10. Mungkin.

Mungkin aku dah pernah rasa terlampau sakit. Terlampau masak dengan perangai orang yang selalu buatkan kita jatuh. Sampai hangus aku masak dengan perangai manusia. Sebab tu aku hilang perasaan. Memang kebiasaan dah orang akan kata aku tak berperasaan. Blur. Tak sensitif. Tak sensitif tu mungkin sebab aku penat nak jaga hati orang sampai hati aku pon dah tak terjaga. Dan aku mula malas nak jaga hati orang. Ada jugak kadang² aku terjaga jugak hati orang lain ni.

Ada satu hari tu sebab kes terlampau lama sangat aku tak topup, Hotlink hanta mesej kat aku. Hotlink suruh aku topup dalam masa 3 hari, so aku terpaksa la topup. Topup rm10 tp sebab byk sgt baki kedit aku pon call membe aku. Belas² jugak habes. Aku call membe aku (yg bwk aku gi kursus teater tu) 3 hari berturut sbb nk gunakan baki kedit yg tak terpakai tu. Gelak² sembang dgn membe aku ni sampai penat gelak pon still gelak lagi. Habes calling membe aku ni, tetiba rasa sakit.

Rasa sakit yang macam sakit yang dah terkumpul lama nya, yg ditelan je rasa sakit tu. Lama jugak tak rasa perasaan mcm tu. Dinding aku buat supaya aku tak mudah terpengaruh dengan persekitaran aku roboh mcm tu. Lepas roboh semua perasaan sakit teros attack aku. Sakit. Tak kira kalau kau laki ke perempuan.

Bila tunggu something yg tak pasti. Bila tunggu orang yg belum tentu jd hak milik kau. Paling tak bes bila tunggu tu byk mulut yg pengaruh bg negatif opinion psl kau. Bila instinct kata benda buruk pasal kau tapi masih kental pikir positif pasal kau. Sakit. Sakit dgn persoalan yg tak terjawab. Bila dah kata sayang org kata, mmg hati akan backup kau jugak even hati aku yg sakit.

Berapa hari sebelum 31 August 2016, aku nmpk moments kau. Kau join perarakan merdeka tu. Smart-looking. Aku pon boleh tahan luluh hati buat kedua kalinya. Suka tengok kau tapi mulut aku takkan pernah mengaku fakta tu sebab aku rasa aku masih takde hak nak kata benda tu semua kat kau. Aku tabahkan hati wasap kau tanya "kau join perarakan?". Kau pon jwb la beberapa soalan aku dengan beberapa patah jawapan kau. Dapat la jugak aku lepas rindu kat kau.

Byk kali sgt hati aku backup kau sampai satu masa negatif thinking aku pon menyelubungi aku. Aku giveup. Aku mula wasap, berkomen fb dgn laki lain tapi tade la sampai tahap nk menggedik mcm aku menggedik dgn kau. Geram. Tade pon tanda kau cemburu. Kau tak contact aku langsung selagi aku tak contact kau. Aku mula rasa kau kejam.

Aku dah tak tahan nak simpan bnda ni sorang². Berat aku rasa. Aku mengadu dgn Nick. Aku bg tau kita gaduh. Pdhl kita bkn gaduh but it's only a one way conversation. Aku bg tau skali kau dapat Komando. Nick pon mcm backup kau jugak. Mungkin sebab aku tak cerita full kot. Nick kata kau muda lg tapi da dpt Komando. Bkn calang² org boleh dpt Komando. Kena kental mental n fizikal.

Aku repot jugak kat housemate aku. Dia pon kata Komando ni susah nak dpt. Siap cerita yg pakcik dia dulu (askar jugak) kena paksa minum arak. Kira kalau nak lepas satu² kursus askar tu kena sanggup buat apa je la including mkn katak, khinzir, n arak. Aku pon reda sikit la negatif thinking aku ni. Teringat yg kau kata jiwa kau tgh kosong. Mungkin sebab latihan komando kau tu terlampau advance tu yg jiwa kau kosong. Aku pon decide nak tunggu kau. Sambung balik penantian yg takde kepastian.

Aku tunggu sampai la ke hari ni, aku nmpk kau online. Aku tanya "kau kat banting ka?" Kau pon balas "ha" ada la beberapa soalan aku tanya kau balas jugak. Boleh kira pakai jari berapa kali kau balas. Aku bg tau kau aku join annual camp lepas aku final. Aku mengharap jugak l kau wish "Good Luck" "All the best" or bg tips sikit ka utk survive dlm hutan. NONE. Kau tak balas langsung. Aku wasap balik kau "weh" kau balas "ape" "aku sebok ni byk kje ni"

Wuaa. Las mesej kau bg aku ni betul² buat hati aku patah seribu. Tp bkn patah yg patah terus. Rasa hati aku patah slow² rasa mcm hati aku kena seksaan slow² buat aku rasa betul² rasa sakit tu. Byk bnda aku nk sembang dgn kau. Lama jugak sampai ke hari ni jugak aku tahan rindu sebab nak sangat jumpa kau. Kita mungkin tak pernah kelua sekali lepas da in relationship tapi aku dapat rasa kalau aku kelua dengan kau tengok wayang memang muka kau yang aku tatap sepanjang masa kalau kita kelua sekali. Luluh. Sakit. Air mata aku dah lama kering utk lelaki tp kau seolah² tarik kelua air mata aku. Penantian aku rasa macam tak berbaloi.

Aku beriya² tunggu kau kelua paskal ingat kita still boleh jadi macam dulu. Kau sendiri kata kat aku kalau boleh kau kelua dari base kau nak nampak aku. Boleh tahan romantik jugak kau sebelum kau masuk Paskal tu. Kau berubah 200%, berubah putih terus ke hitam, 360°, and semua benda la yang menandakan kau hardcore punya berubah.

Langsung takde minat kau kat aku macam kat rumah Kecik hari tu. Hilang memori pasal aku dlm pikiran kau. Aku kalau boleh taknak tinggal satu pon tanggapan buruk pasal kau since kau exclassmate aku. Aku taknak group klas berpuak. Aku pon pikir mesti aku yg kena sisih nanti dalam group klas kita nanti.

Hebat la. Aku taktau nak buat apa. Rasa nak move on. Tapi hati aku still backup kau. Aku taktau nak buat apa. Taktau nak mengadu dengan sapa. Pernah dulu aku teringin kalau aku menangis kalau boleh nak aku menangis kat bahu kau. Tapi aku sedar aku memang takkan boleh buat macam tu. Dan sekarang aku still decide aku akan tunggu kau sampai ls kau kawen nanti. Aku tunggu. Even otak aku hasut aku kata kau dah ada orang lain.

Cemburu aku bila kau komen dekat fb ex klassmate aku masa form 3, ifah. Kau komen terima kasih siap letak smiley kau. Cemburu ada perempuan add friend dengan kau n komen terima kasih kat kau pon boleh balas sekali dengan emoticon senyum lagi. Sedangkan wasap aku yg masuk dlm wasap kau yg tiap² hari tak kau balas melainkan wasap aku tu dalam bentuk soalan baru kau balas. Tu pon kau balas seketul².

Tapi takpe Mutakin. Aku tunggu. Aku tunggu kau.

Sunday, 4 September 2016

He's a Navy (Commander) (Part 3)

24 April 2016 3.46 pm
Tepat time kau bagi mesej kat aku bg tahu aku yg kau nk bagi fon cikai kau kat jurulatih kau. Perasaan aku macam masa berhenti sekejap. Aku tak rasa degupan jantung aku mungkin sebab terlalu perlahan jantung aku berdegup. Aku tak sanggup lagi nak kau masuk paskal tu. Belum puas aku bermesej dgn kau. Yela sebab kita tak pernah jumpa dah lepas malam openhouse kat rumah Kecik masa tu. Dengan bermesej la aku lepas rindu kat kau.

Dan selepas drp mesej kau tu takde da tanda² kau on social media apps kau dan bermula la rasa membuak rindu aku kat kau. Wechat moments takde da kau update. Last seen whatsapp kau maintain 18 April. Tiba birthday kau yg ke 22 tahun nya pada 26 April, semua ex classmate kita masa Form 5 wish "Happy Birthday" kat kau dgn Achong since birthday korang sama tarikh nya. Semua. Kecuali aku.

Aku wish birthday kat Achong je sebab aku tau kau takkan dapat baca. Budak kelas tanya "wish kat Achong je ke, Azrin?". Ada antara diorang yg tau aku ada hubungan dengan kau. Ada jugak yg tak.

Aku diam. Malas membalas. Memang perangai aku kalau da mood malas nk balas penganjingan orang lain kat aku. Aku akan diam. Berapa hari kemudian teringin jugak aku nak balas sebab mood tetiba ada nak balas. Aku nak kata last seen whatsapp kau pon tak bergerak tarikh nya takkan aku nk wish kat kau. Perasaan malas aku still melebihi perasaan aku nk balas tu.

Kadang² aku rasa tersekat jugak bila tak dapat bagi tahu semua orang yg kita ada hubungan sebab kau pon bukan jenis yg suka cerita kat orang lain psl bnda² mcm ni. Aku pon lebih kurang jugak tak sebarkan. Except for membe² rapat aku. Dah memang perangai perempuan akan berkongsi cerita dgn membe² baik diorang. Macam tu jugak la aku. Byk benda aku cerita pasal kau. Boleh kira tiap hari jugak la mention nama kau.

Setiap hari kau kena training paskal aku tahan rindu aku kat kau. Aku kental kan hati. Aku tenang kan hati. Aku terima sebagai cabaran pertama untuk jadi bini seorang askar berkaliber macam kau. Sebab aku tau kalau dah jodoh aku jadi isteri kau, lagi besar ujian aku. Cemburu jugak bila tengok housemate and membe² aku semua cerita pasal diorsng punya boifren. Aku senyum je. Aku tahan. Mungkin sikit je cabaran aku lalui ni compared to others. Tapi bg aku boleh tahan besar jugak la sebab aku beginner lagi kan dlm bab² macam ni.

Kadang² malam hari membe aku akan mengadu kat aku pasal boifren diorang kat aku. Cerita la masalah diorang. Ada yang aku boleh nasihat aku bagi la nasihat. Ada yang aku boleh tolong aku cuba tolong. Even aku sendiri macam terbeban dgn rasa rindu aku kat kau aku try tolong jugak. Jarang aku cerita kat orang pasal benda ni sebab aku taknak orang rasa sakit dan beban dengan masalah aku. Aku tak suka. Tambah² dgn orang yang kuat "judging". Spesis macam ni yang paling aku nak elak dengar pendapat diorang tentang kisah hidup aku yg rindu kat kau. Sebab aku ni boleh tahan kuat jugak terpengaruh dengan pendapat orang lain.

Ada dalam 2 bulan macam tu, cerita Descendents of the Sun kelua. Semua sembang pasal cerita tu hari². Memang takde hari yg aku tak dengar nama tajuk cerita tu. Semua gilakan Song Joong Ki yang pegang watak hero dalam cerita tu. Ada dalam berapa hari lepas tu kebetulan aku bosan dengan cerita dalam hard disk aku. Aku mintak dengan budak Wataniah aku drama Korea yang bes. Kebetulan ada cerita tu. Aku pon ambek je la. Takde lagi rasa beriya² nak tengok sangat cerita tu.

Satu hari tu aku tengok drama DOTS yang aku ambek dekat budak Wataniah aku tu. Kejap jugak la aku tengok sebab aku buat drama marathon. Yang pelik nya. Aku tengok Song Joong Ki tu aku tak nampak dia. Aku nampak kau. Sebab Song Joong Ki pegang watak askar, sama dgn kau. Askar. Masa episod 15 tu, second last episod cerita tu buat macam seolah² laki tu mati masa jalankan tugas.

Aku yang jarang² ada perasaan sedih ni menangis. Sakit rasa nya tengok cerita tu. Aku bayang kan situasi kau kalau benda macam tu jadi kat kau. Aku dari tengok cerita tu atas katil berlari masuk bilik air sebab aku taknak orang lain nampak aku menangis. Yela dengan badan aku yg kira besar jugak ni takkan nak tunjuk kat orsng aku menangis. Kan?

Aku menangis tak bersuara. Susah aku nak bernafas masa tu. Aku nak bernafas macam biasa tapi rasa macam ada something yg hold aku punya nafas tu. Aku da macam nak hilang akal jugak pikir macam mana keadaan kau dalam training tu. Kau hidup lagi ke tak. Susah la aku nak describe situasi aku menangis tu macam mana.

Habes menangis tu aku keluar bilik air. Nak sambung cerita DOTS tu punya pasal. Da masuk episod 16 yg las tu, cerita tu tunjuk yang hero tu tak mati pon. Dia terselamat. Dalam aku menangis yg tak berapa nak habes lagi tu aku senyum. Aku pon harap kau masih lagi sihat. Takde sakit sana sini. Aku tgk hero tu pon sorok² tgk konsert Red Velvet. Tak bg tau heroin tu ygdia tgk konsert tu. Hero tu bg tau diorang kena guard orang penting. Kira macam on duty.

Aku tgk je hero tu terlompat² happy tengok konsert Red Velvet tu. Since aku nampak hero tu macam kau, aku tak marah tapi aku lega hero tu selamat and sihat. Sampai aku rasa yang betul² rasa grateful punya la tengok. Tiap kali aku solat, nama kau selalu ada dalam sujud. Ada dalam doa. Aku still maintain setia dengan kau even tak contact kau langsung. Aku pegang status in relationship even aku tak hebah pasal aku dengan kau.

Masa dalam bulan 6 or 7 macam tu, aku join latihan wardance since aku pon minat benda² macam tu. Kebetulan. Dalam syok nya bersembang dengan budak wataniah tu, terbukak cerita pasal Navy (time ni nak gi kelua makan dgn budak wataniah semua lepas latihan). Boifren budak Wataniah ni (Nick nama budak wataniah ni) sama tempat dgn kau kat base tu.

Aku happy sangat² dapat bercerita pasal kau dengan dia. Kebetulan nama depan boifren Nick ni pon Amirul. Kau pon nama depan Amirul. Nama belakang je la tak sama. Keetulan lagi birthday korang dalam bulan yang sama. Bulan 4. Setiap kali jumpa Nick ni aku excited nya cerita pasal kau sampai kitorang bertukar gambar kau dgn boifren Nick ni. Kitorang macam plan nak tanya la kat kau and boifren Nick ni in case korang kenal each other.

Malam 30 July 2016, openhouse kat rumah Lydiana, aku join dengan membe aku sorang ni (Mimin) dgn boifren dia Capik. Aku drive kereta Kancil merah aku bawak dua orang ni makan openhouse kat rumah Lydiana ni. Aku tabah je bawak kereta sebab kau pernah kata kat aku sebelum kau pindah dari rumah kau kat Giant tu pindah ke rumah korang yang baru siap kat Perak tu. Kau kata kat aku selagi aku tak pandai bawak kereta, kau taknak jumpa aku. Fuh sikit punya lama aku tahan rindu nak jumpa kau kata macam tu pulak kat aku. Start dari situ ramai jugak family aku paksa suruh ajar aku bawak kereta semata nak jumpa kau.

Bila aku da boleh bawak kereta kau pulak takde. Fizikal kau dalm training paskal. Kalau kau balik rumah pon, rumah kita da jauh. Sedap aku tengah makan Char Kuey Teow Lydiana aku tergerak hati nak bukak instagram. Gamba kau terpampang besar kau screen fon aku. Tu pon sebab kakak kau Haikal yg pos kat Instagram dia dengan caption "Congrats brother :) #navyproud #komandopaskal". Aku punya excited nya macam orang gila.

Lepas aku tengok tu setiap minit aku check fon tunggu mesej dari kau. Berapa hari lama jugak la aku tunggu mesej kau. Setiap kali aku bukak fon aku, kosong. Takde langsung mesej dari kau. Aku pon satu jugak time tu aku ego taknak mesej kau dulu sebab aku nak tengok aku ni penting ke tak dalam hidup kau. Takut kot² kau da hilang ingatan ka apa lepas dari training paskal kau. Takde weh. Luluh jugak hati aku kau tak mesej aku langsung.

Aku tunggu memang tak lama, tapi aku yang rasa lama sebab bila kita asyik menunggu je memang kita akan rasa timing tu jadi lama. Aku pon rendah kan ego aku. Aku mesej kau. Aku pon tak ingat aku mesej kau apa. Dalam 2 3 mesej wechat jugak la aku hanta kat kau. Aku igt macam nak give up kau pon ada. Kot² kau jumpa yg lagi hati kau berkenan kat base kau tu ka. Yela kan orang kata jauh di mata jauh jugak di hati budak muda zaman sekarang. Aku da sedia nak pasrah give up kau. Tetiba kau balas "leklu jiwa tengah kosong ni". Geli hati jugak hati aku baca wechat kau.

Sampai sini dulu. Nanti aku sambung Part 4..

Saturday, 3 September 2016

He's a Navy (Commander) (Part 2)

Sambungan dr He's a Navy (Commander) (Part 1).....

Aku berdiri kat muka pintu rumah Kecik dgn bff aku (igt nk blk da). Mcm biasa la membe² aku ni mmg kuat menganjing aku kata 'elelelelele malu lew teww" dan aku cover balik by saying "eh td aku rasa kau kata nk gerak blk da". N sampai skrg aku still tak dpt detect apa yg membe aku ckp kan time tu..

Da berdiri kat pintu tu alang² semua kelua bergamba kat lua rumah Kecik. Dgn kau sekali yg aku tak perasan kau da habes mkn ka belom time tu kena heret sekali ambek gamba. Dan mula la kita semua bergambar beramai² guna fon lyd or nas aku pon tak igt.

Bila dah lyd upload gamba kat insta aku pon tgk la muka semua masing². Muka membe² aku. Muka 3 musketeers klas kita dulu (aiman wafi, wan aminur, n mukhriz). Muka hapiz edizon sekilas je aku pndg lps tu aku pndg gamba kau je tros. Sbb dia dekat dgn kau kn time bergamba tu. Nmpk kau pandai je mata aku pon cari kau. Tersengih² aku tgk kau. Manis, comel, sado, kelaka muka senyum permanent kau tu semua ada😂.

Lps berapa hari or maybe mlm tu maybe aku rasa la, tros kau mintak nk serius dgn aku. Mcm² bnda kita sembang. Psl wataniah, navy, navigator.

Antara topik kita selalu dok sembang psl kawen (sbb aku mmg suka bukak cerita ni kat kau). Bes sbb kau pon sanggup lyn aku punya gila. Aku ckp aku kalau kawen dgn kau nnti tak pyh la bersanding, tak pyh buat majlis besar²an sbb aku rasa bazir duet n aku taknak beban kan kau pikir psl duet sbb aku yg kat sini pon terseksa pikir kau cari duet kat sana. Tak masuk lg duet kau nk bg kat family kau nnti.

Yg aku pelik nya kau lg excited dr aku nk bersanding siap tunjuk gamba mcm mana askar lelaki kawen punya baju sanding. Aku pon ikot excited sbb aku akan happy stiap kali kau happy.

Lps tu mcm mana ntah terpusing topik bukak crita, kau bg no fon kakak kau kat aku so aku boleh tanya mcm² kat dia psl wataniah since dia pon wataniah. Aku punya la kekok nak tego kakak kau kat fb messenger tu. Sbb. Aku prnh slh sangka igt dia ni girlfriend ex aku dulu sbb entah sapa bg tau aku clue awek ex aku ni pgws perempuan yg pakai spek mata.

Time tu aku pon cari la sapa yg ada ciri² tu. Aku ada nmpk dua org tp yg sorg ni aku tak syak sbb dia cm comel² innocent yg takkan kapel punya org n tros aku aim kakak kau (time ni aku taktau lg tu kakak kau sbb aku pon tak knl lg kau sapa). Kenapa aku aim dia? Sbb. Aku tgk dia ni cantek. Berkaliber punya style. Ada karisma. Alih² org yg aku tak sangka tu rupanya awek ex aku tu. Huhu sorry kak Haikal n Kak Athirah, I mention both of you.

Aku pm kakak kau tanya psl wataniah tu semua sbb aku pon minat jugak wataniah ni. Punya la one way conversation aku dgn kakak kau ni. Aku tanya pnjg², dia jwb seketul². Pdn la kau kata dia takde perasaan sbb tu kau konfiden kata dia takde bf. Aku pon taktau nk bukak topik apa da dgn kakak kau sbb dia pon mcm tak berminat nk tau psl aku. Aku rasa dia pon tau aku ni ada hubungan dgn kau. Aku tak sanggup nk pgl boifren sbb aku pon geli hahahaha. Awkward weh nk sembang dgn adek beradek kau.

Aku repot kat kau, aku tak dpt nk rapat dgn kakak kau sbb dia bls aku seketul² je. Kau pulak yg stress aku tgk. But aku tak kisah. Aku try positive kn thinking aku, sbb aku mls nk semak otak aku pikir bnda bukan².Hari berganti hari. Bulan bertukar bulan. Kau la org yg plg aku rasa aku serius sbb aku cerita semua bnda psl kau kat mak aku sbb aku taknak org lain da kan. Sayang la katakan (pdhl stiap kali kau tanya aku syg kau ke tak aku elak sbb aku geli nk ckp psl syg² ni sbb belum tentu lg kau jd suami aku yg sah in future).

Ada syg tu, tp aku taknak tambah rasa beriya² kau. Tp aku still berjaga² sbb aku mls nk kecewakan hati aku lg lps semua experience aku dgn laki² sebelum kau. Rumah kau yg dekat dgn giant tu pon aku tunjuk kat mak aku kot² aku boleh pegi rumah kau ka nnti or utk mak aku masuk meminang kau nanti ka. Yela kau lg suka, lg excited kalau aku tanya kau nak aku masuk meminang kau ke tak nnti.

Aku berterima kasih jugak ada kau. Kadang² kalau ada aktiviti wataniah yg melibatkan aku kena bangun pukol 5 pg, kau akan call aku tlg kejut aku. Byk kali jugak kau kena kejut aku sampai aku tgh mamai² tu aku kata apa ntah kat kau buat kau tak sng duduk. Suara pompuan bgn pagi kan mmg begitu. Kau tego aku then lps tu bila kau call aku just kata "hmm" kira takde la naikkan kau punya rasa tu kan.

Bes ada kau. Aku pon mmg kau knl dgn perangai aku yg gatal gedik semua tu (aku tunjuk kat kau je la). Aku ambil kesempatan jugak bila kau call tu aku tenang dengar suara kau pg² lps aku bangun tido dan seterusnya akan buat hari aku seronok je memanjang. Even bila aku bad day pon, igt suara kau je da cukup buat aku pikir psl bad day aku tu.

Satu hari kau mengadu kat aku psl kau kdg² rasa nak berenti dr navy tu. Aku support kau supaya kau tak down dgn tmpt kau tu, dgn membe kau. Sampai aku kata kat kau "keje rajin², bg cepat naik pangkat. Da naik pangkat tu mesti gaji kau tinggi. Nanti boleh aku guna utk pegi spa melaram sana sini". Saja je aku bergurau dgn kau taknak la conversation kita krik².

Aku tak kisah pon gaji kau berapa sbb aku kalau boleh nak kau setia dgn aku pon da cukup. Psl duet semua tu aku tak kisah sbb aku pikir aku boleh cari kerja cari duet utk aku. Kira duet hasil titik peluh kau nnti boleh la kau guna utk bg kat family kau. Serius even aku materialistik aku tak cari laki yg kaya. Aku nak rasa nikmat duet hasil titik peluh aku sendiri. Lain rasa nikmat tu.

Kau bg tau aku yg kau nak join training paskal.
Aku yg blur² ni pon tanya mcm² kat kau psl army ni dan kau dgn sabar nya terangkan satu² kat aku seikhlas hati kau. Kadang sampai aku rasa kau ni mcm pompuan dan aku macam laki sebab aku mls nk igt semua bnda. Kau pulak igt semua bnda detail pasal aku. Aku sem berapa. Aku course apa. Aku tgh ambek degree. Semua kau igt pdhl psl adek beradek kau punya course tak pulak kau igt. Aku pon suruh la kau tanya family kau teros dan aku nak jawapan time tu jugak. Kau tak tanya adek beradek kau tp kau tanya mak kau psl adek beradek kau tu. Selalu aku usik kau kata kenapa adek kau lg hensem dr kau. Saja je usik kan, kau yg menarik perhatian aku bkn adek kau. Kalau tak lama dah aku tackle adek kau.

Aku support decision kau join paskal tu sbb aku tgk kau pon smgt jd tentera. Kau mmg nak jd tentera dr kecik lagi. Semangat kau nak pertahankan negara. Nak mati syahid. Ada sikit aku paham semangat kau nak mati syahid tu sebb aku pon askar. Byk kali kau kata kat aku kalau aku nak cari lain boleh sebab kau pon taknak aku terseksa tunggu kau. Kau terang kan macam mana aku kena kental kalau nak jd bini askar. Semua yg kau terang aku try kental kan hati aku each day dan smpai satu masa aku pon dah boleh kental kan hati aku.

Sebelum kau masuk training paskal tu kau ada balik rumah kau kat perak. Kau bg smartfon kau kat family n kau pon bwk la fon cikai kau. Dgn fon cikai tu la kau mesej aku tiap² hari kurangkan beban aku utk rindu kau tiap hari lps kau masuk paskal nanti. Sampai la beberapa hari tu, kau mesej aku kata kau nak bg da fon kau kat jurulatih kau which is ada lah dlm 3 hari before birthday kau. Lps kau mesej tu aku lmbt sikit balas kat kau. Aku wish awal² birthday kau sbb nnti mmg tak sempat da aku nk wish kau dan aku rasa mmg kau tak sempat pon.

The end for part 2. Nanti aku sambung part 3

He's a Navy (Commander) (Part 1)

Assalamualaikum..
This story is a bit like a diary type of story I guess
If you expect this is like a happy ending story
Please, stop reading this

I don't know where to start
#deepbreath and exhale

8th Syawal 2015 at night
The first time I ever met you since our last class together in 2011 as Form 5 Cendekiawan student. Kita tak pernah bertegur sapa masa kau satu kelas dgn aku dulu. Kau dok hujung belakang belah kiri dan aku hujung depan belah kanan.
Masa mula cikgu mention budak baru nak masuk aku tak berapa nak heran sgt. Aku time tu tgk kau pon mcm budak rempit je aku tgk (kesnya sbb kau punya style rambot tu ha mcm rempit) pdhl muka kau ok je pon. Takde satu huruf pon yg terkeluar dr mulut kita dua as conversation. Sampai lah habes SPM pon lgsg tak bertegur.

Dan mula la semua buat haluan masing². Aku pegi matriks then masuk Uniten. Kau pulak masuk Giat Mara belaja ketuk kereta n cat sampai la kau kerja kat Tan Chong Motor (TCM). Aku dlm sem yg awal² jugak la contact blk dgn kau. N kau pulak mmg currently kerja kat TCM tu. Kita mula rapat n mula berconversation sbb COC. kau cerita kisah kau first time berkapel n putus cinta sbb pompuan tu nak kawen cepat n dia pon kawen la dgn org lain.

Kau cerita sampai buatkan aku mula jatuhkan dinding hati satu per satu (kira belum suka la, just baru nk suka). Time tu aku start jugak kesian kat kau.. Dr perasaan kesian tu la aku cm tinggi kan sikit impression aku terhadap kau. Aku expect laki yg mcm kau akan hargai perempuan yg akan hadir dlm hidup kau sbg psgn hidup kau lps pompuan tu putus kan hbgn korg. Satu demi satu batu bata dinding hati aku jatuh smpai la terbwk² next mimpi aku psl kau yg ke 4 or 5 kali kot aku rasa? Tiba waktu raya ex classmate kitorg buat openhouse

Aku terpaksa tunggu kat luar rumah Kecik (nickname ex-classmate kami) utk tunggu kau sampai. That night Kecik yg buat open house kecil²an and we both agreed to meet (after aku paksa dia dtg sbb nk jumpa dia saja²). Selesai aku makan juadah kat rumah Kecik, dia wasap dlm group klas cari rumah Kecik tak jumpa. Bff aku pulak menganjing aku suruh tunggu kat luar rumah.

Aku pon tunggu kat luar rumah dgn kekok nya
Berdebar. Suka. Tak sabar. Takut. Semua bercampur baur bila nama kau disebut. Aku personal wasap dgn kau kata aku kat luar rumah tunggu kau punya psl. Berapa minit lepas tu, kau sampai dgn kereta hitam ayah kau yg besar.

Kau lalu depan aku dan pandang sekilas kat aku (mungkin sebab kau tak berapa nk perasan). Kali kedua kau pandang aku dgn senyuman yg macam badut circus yg permanent kat muka kau tu. Aku gelak nak terbahak jugak tp sbb aku kat rumah org lain aku cover sikit aku punya bahak kahak tu. Sedang kau kecik tp bwk kereta besar.

Kau bertopi menutup kepala kau yg mcm botak tak botak tu. Berbaju biru just nice that color. Berseluar jeans. Dan kulit kau gelap disebabkan latihan lasak navy kat base kau. Semua tanya kau asal kau hitam. N membe² rapat aku tanya aku slow² kat aku. Aku balas 'sbb kau Navy'. Aku senyum tgk kau.. Mungkin kau tak nmpk hensem di mata org lain tp kau manis kat mata aku (ni aku tak mengaku kat dia nnti kembang hidung dia). Mcm² aku kutuk dia. "Hitam legam. Pendek. Tak hensem. Tak sado. Senyum pelik mcm psycho".

I don't really remember mimpi aku psl kau  yg keberapa kali nya .. Kau kata kau suka aku bila aku buat² malu bila kau berpindah tempat dr duduk berhadapan dgn aku ke sebelah aku lepas kau ambil makanan. Padahal membe aku, kebetulan yg aku dgr la, ajak aku balik (sebab dia yg drive, aku kena ikot bila timing dia nk balik)

Ya! Memang aku malu. Tp malu aku yg utama adalah disebabkan kau seorang lelaki dan aku seorang perempuan. Dan  disebabkan that man is you, adalah sebab sampingan

Malu. Sebab aku suka kau dulu dan lumrah seorang perempuan bila lelaki terutama yg disukainya dekat dengan nya. Suka nya lps kau da approach aku byk kali sbb COC. Aku jarang sembang dgn laki dan bila kita byk kali contact, mula la rasa suka

Malu. Sebab entah yg keberapa kali nya aku mimpi kau (semua jenis mimpi aku psl dia aku cerita kat dia) dan perasaan suka terhadap kau mula berputik dan aku cuba untuk mengelak dr perasaan tersebut. Sebab aku sedar masa tu harapan utk kau suka aku blk adalah mustahil dan aku juga mengambil langkah berjaga² dgn lelaki disebabkan aku terlampau masak dgn experience dikecewakan oleh lelaki. Tp takkan aku nk bg tau kau yg aku malu kot. Kan?

Sampai sini dulu aku tulis ok?